my playlist


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

14 January 2012

manusia berhati iblis....!!! part3(liputan berita harian)

Pengantin baru dibunuh
Oleh Shahrul Nizam Mohamad

2012/01/14

KUALA LIPIS: Seorang suri rumah yang baru enam bulan berumah tangga ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan beberapa kesan tikaman di tubuhnya di Bukit Betong, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 5.40 petang, Nornadia Abu Bakar, 21, ditemui terbaring dan berlumuran darah di dapur rumahnya oleh suaminya, Ahmad Khairu Ab Raman, 27.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata siasatan mendapati, ketika kejadian mangsa tinggal bersendirian di rumahnya manakala Ahmad Khairu keluar menoreh getah.
Beliau berkata, sebaik pulang ke rumah, lelaki terbabit dikatakan memanggil isterinya namun tiada sahutan sebelum meninjau dalam rumah dan menemui mayat mangsa terbaring di dapur.

Katanya, terkejut melihat mayat mangsa yang berlumuran darah, lelaki terbabit menghubungi Balai Polis Padang Tengku, di sini, untuk memaklumkan kejadian berkenaan, kira-kira jam 6 petang.

“Sepasukan anggota polis kemudian bergegas ke tempat kejadian dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Siasatan turut mendapati, leher mangsa bukan saja dikelar malah tubuhnya ditikam beberapa kali oleh penyerangnya dipercayai lebih daripada seorang dengan menggunakan senjata tajam,” katanya. 
Abdul Razak berkata, polis menolak kemungkinan kes itu bermotifkan rompakan kerana barang kemas mangsa tidak hilang dan polis sedang mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Berdasarkan soal siasat dan keterangan suami mangsa, polis berjaya menahan empat lelaki berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan,” katanya.

Abdul Razak berkata, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

“Jenazah mangsa sudah dituntut ahli keluarganya selepas proses bedah siasat di Hospital Kuala Lipis (HKL), pagi semalam,” katanya.





arwah selamat dikebumikan, moge rohnye tenang berada disana.....harap org yg bertanggungjawab mendapat balasan diatas perbuatannye....TAKZIAH uat waris arwah....

No comments:

Post a Comment